Friday, September 11, 2020

SCan Me please....


 

Wednesday, April 15, 2020

Jangan Khianati



Manusia...
Tak akn pernah menjadi malaikat
Walau sekuat mana berusaha
Kerana...
Kejadian Allah yg berbeza

Hati yg dimiliki manusia
Sering bekerjasama dgn tindakan
Walau seringkali  ber ‘istighfar’
Lalu... jgn kau sgt3 mengkhianati aku
Kerana.. DOA ku akn sentiasa mengiringi
Agar kau menyesal
..
..
Allah... ampuni lah aku
..
..

Masuklah kamu kedalam hidupku
Dengan kelembutan & redha Allah
Kerana setiap pengkhianatan yg dtg
Pasti tidak akn ku lepaskan
Dengan pembalasan yg setimpal
Melalui kesempatan yg Allah hadirkan
Kau pasti merasa jua

Aku...
tidak pernah berseorangan
Insan tulus yg membantu
Sentiasa hadir
Tanpa ku pinta

Aku yg kalian kenali
InSyaaAllah sentiasa menjaga
Kelakuan & tindakan
Agar tidak melampaui
Batasan kemanusiaan

Segala yg baik itu dari Allah
& yg kurang itu dari DIRI KITA sendiri

Wednesday, January 22, 2020

Doa peroleh anak soleh/solehah

Robbi habli minaas soolihin

Wallazi na yakulu na robbana hablana 
min azwajina wazurriy yatina
qurrota a’yunin waj’alna 
lil muttakii na imama
———- al-Furqan ayat 74

Tuesday, January 21, 2020

Senjata kita - DOA & SUJUD kpd Allah


Jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yg punya. 

DIA boleh bagi & boleh ambil balik drp kita bila2 masa shj. Namun usah lupa, Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. DIA ambil sesuatu drp kita sbb nak bagi 'sesuatu yg lebih besar' utk kita. Sesuatu yg agt kita perlukan yg kita tak pernah tahu. Cuma Allah yg tahu. 

Bersangka baik dgn Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah!! apb sentiasa bersangka baik dgn Allah, kita akan sentiasa redha.

DOA & SUJUD kpd Allah adalah senjata kita menghadapi setiap masalah.  Mohon simpati drp suami/isteri org bkn jln penyelesaian.  Tetapi akn menimbulkan lebih byk masalah krn syaitan pasti ambil kesempatan.  Yakinlah!!, kebahagiaan yg di sulami dgn hasutan syaitan pasti dihujungnya akan sengsara/kecewa.

Wednesday, December 25, 2019

Menutup aurat itu bukan utk makcik2

Ada yang menganggap menutup aurat atau bertudung itu hanya untuk makcik-makcik.  Bukan YA!! Berjilbab atau bertudung itu adalah tuntutan islam kepada semua wanita muslim.  Oleh yg demikian ubahlah persepsi anda.  Jika anda masih belum bersedia utk berbuat demikian maka berdoalah setiap hari agar anda boleh & akan istiqomah melakukan nya.  Bukan mempersendakan orang-orang yang bertudung / perbuatan yg di wajibkan oleh agama islam itu.  Jangan sengaja menunggu di usia lanjut  utk melaksanakan nya.  Sekarang pun anda sentiasa inginkan yg baik-baik berlaku dlm hidup, maka bertudung itu adalah salah satu nya.

Perolehilah sesuatu yg di inginkan dgn cara baik, agar menjadi perkara baik juga.

mother with her loving daugther

Tuesday, December 17, 2019

H.A.R.A.M & boleh di S.A.M.A.N

😱TAKUT LAH MENJADI ORG KE-3😱

SECARA HUKUM ADALAH HARAM
(hmm.. tak takut pun deme2 ni, sbb dosa tu bkn nampak. Yg penting hidupnya enjoy)

KRN ANDA BOLEH DI SAMAN
(bila melibatkn harta dunia & malu dunia, risau lh juga. Kena byr saman.., pastu kena viral....,habis duit & kawan2pun akn tahu hihi!!)

 ___________________________March 2, 2019 Celoteh

Ramai tak tahu, isteri/suami boleh SAMAN orang ketiga yang mengganggu rumahtangga!

Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan.

Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya, penyakit, keluarga dan yang sering terjadi ialah curang.

Tidak kira sesiapa, kes curang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin dan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Isu yang  hangat ialah SAMAN ORANG KETIGA. Maknanya isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang menjadi punca kepada perceraian.

Orang ketiga tu termasuk kekasih suami/isteri, keluarga seperti ibubapa mertua, ipar duai.

-seksyen 36 jika perempuan/lelaki memujuk lari suami/isteri
-seksyen 37 menghalang suami isteri hidup bersama
-seksyen 38 menghasuut suami/isteri lalai dari tanggungjawab.

Menurut Pakar PsikoIogi Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail, setiap perbuatan yang kesannya akan mencederakan orang adalah tidak dibenarkan apatah lagi jika menyebabkan kematian.

Undang-undang

Menurutnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan perlu dipatuhi demi kebaikan semua pihak.

“Memang diakui sesiapa yang berdepan dengan isu sebegini akan mudah marah serta berkemungkinan hilang pertimbangan yang rasional apatah lagi jika individu itu melihat sendiri perbuatan curang tersebut di depan matanya, mungkin kesannya akan menjadi lebih teruk.

“Namun dalam setiap apa keadaan sekalipun seseorang itu harus ingat kesan yang akan berlaku atas setiap perbuatan. Jangan hanya disebabkan emosi, kes yang boleh diselesaikan berubah menjadi lebih berrat seperti kejadian pembunuhan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Katanya, adalah lebih baik memikirkan jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang terburu-buru sehingga memudaratkan diri sendiri.

Tambah Rozmi, setiap individu juga sepatutnya perlu mempelajari teknik pengurusan emosi yang berkesan dalam memastikan pemikiran sentiasa terkawal dan berada dalam keadaan waras.

“Perkara ini nampak ringkas tetapi hakikatnya sangat penting apabila berdepan dengan situasi yang mampu menggugat kesabaran.

“Maka di sinilah seseorang itu perlu bijak dalam mengawal emosinya. Jika gagal maka buruk padahnya,” katanya.
Sementara itu, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tindakan berbentuk keganasan bukanlah jalan terbaik dan betul dalam menangani isu kes curang disebabkan orang ketiga.

Menurutnya, daripada melakukan perbuatan terburu-buru sehingga menyebabkan kemattian, adalah lebih baik mangssa ataupun pasangan yang terlibat menanganinya melalui pelaksanaan undang-undang.

“Sebenarnya di negara ini mempunyai undang-undang syariah yang boleh dikenakan kepada orang ketiga atau dengan kata lain individu sama ada lelaki atau perempuan yang mengguggat kebahagiaan perkahwinan serta rumah tangga seseorang.

“Asalkan orang ketiga ini menjadi penyebab kepada ketidakharmonian pasangan itu, maka individu tersebut boleh disabiitkan melakukan jenayah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya.
Denda RM5000 atau penjara selama tiga tahun

Tambah Suzana, akta tersebut terdapat serta diaplikasikan di setiap negeri yang ada di negara ini.

“Jika di Wilayah Persekutuan, orang ketiga boleh didakwa di bawah Seksyen 36, Seksyen 37 dan Seksyen 38 akta tersebut yang membawa maksimum hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara seseorang dan pasangannya boleh dibicarakan,” tegasnya.
Bagaimana hendak mendakwa di mahkamah?

Mengulas mengenai langkah yang perlu dilakukan, Suzana memberitahu, mereka yang menjadi mangs4 orang ketiga boleh mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwwaan Mahkamah Syariah yang berdekatan.

“Di dalam aduan tersebut, mangsa perlu menjelaskan dengan terperinci mengenai hubungan pasangan dengan orang ketiga sehingga memporak-perandakan rumah tangga.
“Mangsa juga perlu mengemukakan segala bukti yang ada berkaitan hubungan pasangan yang curang itu sama ada dalam bentuk VIDEO, GAMBAR, WHATSAPP, BIL TELEFON atau e-MEL dan lain-lain lagi. Aduan itu kemudiannya akan diselidiki dan jika disabitkan bersalah, lelaki atau wanita terlibat akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

LIFE..., like a pencils with 5 important lessons


1.  Everything you do will always leave a mark.
2.  You can always correct the mistakes you've made.
3.  What is important is what is inside you.
4.  In life, you will undergo painful sharpenings which will make u a better pencil.
5.  To be the best pencil you can be, you must allow yourself to be helped & guided by the hand that holds you.

Monday, December 16, 2019

Macam-macam KAYA

awalnya ku sangka emas... 
ku bayangkan juga andai berlian...
bila ku selidiki rupanya hanya KACA pecah yg berselerakan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di:- tel: 013-9861175

atau

atau

StaRt oN 20Oct2010....