Assalamualaikum!!
aku dengar ni kat radio IKIM. Kata ustaz tu, amalkan lah cara ni untuk menggandakan rezeki anda. Janganlah kedekut kerana sesungguhnya ALLAH s.w.t telah menjanjikan bahawa 'AKU' akan gandakan rezekimu sekiranya kamu suka bersedekah, maka niatkan lah setiap pemberianmu kepada sesiapa jua sebagai sedekah agar apa yang kamu keluarkan akan kembali kepada kamu dengan gandaan yang sewajarnya
Maka seandainya kamu ingin memberi wang hatta pemberian perbelanjaan kepada anak2mu sekalipun maka niatkan didalam hatimu bahawa pemberian itu sebagai sedekah kamu kepadanya yang memerlukan dan semoga ALLAH akan menggandakan rezekimu.
Maka marilah wahai sahabat handai, adik2, kakak2 sekelian kita mulakan amalan yang mulia ini dan mulakanlah niatmu untuk sentiasa sudi memberi kepada yang memerlukan mengikut kemampuanmu.
Aku sebenarnya hanya ingin berkongsi apa yang telah aku dengar dan setiap amalan mulia agar kita semua mendapat manfaat darinya, insyaALLAH.
amin...
No comments:
Post a Comment